Guru - You Choose It, U Must Make It!

August 24th, 2008 by ainiarmida

Hari ini saya ingin bertanya anda pula. Kenapa anda jadi Cikgu?

1. Ingin berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

2. Kemahuan orang tua.

3. Cita-cita dari kecil.

4. Keputusan SPM hanya melayakkan saya untuk jadi cikgu sebagai pilihan terbaik.

5. Dah jemu menganggur sejak tamat belajar di universiti. ….

dan banyak jadi jawapan yang mungkin terlintas difikiran anda. Bukan jawapan anda yang penting sekarang. Tetapi hakikat sebenarnya anda telah pilih untuk jadi cikgu.

Sama ada anda dipaksa, diperdaya atau anda sendiri yang merelakan diri anda untuk menjadi cikgu, anda sebenarnya yang memilih untuk jadi cikgu. Sesiapa sahaja boleh memaksa anda tetapi pilihan tetap di tangan anda. Oleh kerana hakikatnya anda (sebenarnya kita) telah menjadi cikgu maka marilah kita menjadi cikgu yang sejati.

Mungkin dulu anda memilih menjadi cikgu kerana bakal mertua anda inginkan calon menantu yang berkerja dengan gomen (kononnya lebih terjamin masa depan anak daranya) tetapi sewaktu anda belum habis lagi belajar di maktab (sekarang institut) bakal mertua anda menerima pinangan lelaki lain untuk dijadikan suami buah hati anda padahal lelaki tersebut bukan kakitangan kerajaan. Mungkin juga anda memilih menjadi guru kerana kekasih anda inginkan seorang isteri bergelar guru (kononnya banyak masa dekat rumah. Senang nak jaga anak-anak). Tetapi sebaik sahaja anda habis berlajar di maktab dia berkahwin dengan gadis lain yang bukan guru dengan alasan sudah jodoh. Mungkin juga anda memilih untuk menjadi guru kerana anda beranggapan kerja guru senang, sekerat hari sahaja. Banyak cuti.

Tapi setelah anda menjadi guru anda baru sedar yang itu semua mitos belaka =[..

Mungkin… mungkin… Banyak mungkin yang memungkinkan anda menjadi guru dan kini anda sedar segala kemungkinan itu tinggal kemungkinan sahaja. Mungkin segala kemungkina itu melemahkan, meranapkan semangat anda terus menjadi guru tetapi sedarlah yang hakikatnya anda telah menjadi guru. Sekarang anda boleh pilih sama ada untuk menjadi guru dengan hati yang gembira atau anda boleh memilih sengsara hingga pencen atau anda berhenti sekarang. Anda lebih bijak untuk menentukannya.

Jika anda memilih untuk terus menjadi guru maka jadilah guru yang terbaik.

You Choose It, You Must Make It.

*_* taken from Cikgu Farizal blog..

—- KuaLiTi Diri—–

August 20th, 2008 by ainiarmida

Ketulusan
Ketulusan di tempat pertama sebagai sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan membuat orang lain merasa aman dan dihargai kerana yakin tidak akan dibodohi atau dibohongi. Orang yang tulus selalu mengatakan kebenaran, tidak suka mengada-ada, pura-pura, mencari-cari alasan atau memutar-belitkan fakta. Prinsipnya "Ya di atas Ya dan Tidak diatas Tidak". Tentu akan lebih ideal bila ketulusan yang selembut merpati itu diimbangi dengan kecerdikan seekor ular. Dengan begitu, ketulusan tidak menjadi keluguan yang boleh merugikan diri sendiri.

Kerendahan Hati
Berbeza dengan rendah diri yang merupakan kelemahan, kerendah hati justru mengungkapkan kekuatan. Hanya orang yang kuat jiwanya yang mampu bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi semakin menunduk. Orang yang rendah hati mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Dia mampu membuat orang yang di atasnya merasa selesa dan membuat orang yang di bawahnya tidak merasa dipinggir.

Murah Hati
Kemurahan hati sudah menjadi ‘barang antik’ dan sangat tinggi harganya. Zaman sekarang sungguh susah mencari orang yang murah hati yang bersedia menolong orang-orang di sekitarnya dengan tulus tidak memikirkan keuntungan peribadi atas bantuan yang diberikan Tidak diragukan lagi, orang yang murah hati akan dicintai dan memiliki banyak sahabat

Positive Thinking
Orang yang bersikap positif (positive thinking) selalu berusaha melihat segala sesuatu dari kacamata positif, bahkan dalam situasi yang buruk sekalipun. Dia lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka bicara mengenai harapan daripada keputusasaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada kekecewaan, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.

Keceriaan
Kerana tidak semua orang dikurniakan wajah ceria, maka keceriaan tidak harus diertikan ekspresi wajah dan tubuh tapi sikap hati. Orang yang ceria adalah orang yang mampu menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia mampu mentertawakan situasi orang lain, juga dirinya sendiri. Dia punya potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

Bertanggungjawab
Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan sungguh-sungguh. Kalau melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan. Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyedari bahawa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apapun yang dialami dan dirasakannya.

Kebesaran Jiwa
Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan. Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan keputusasaan.

Empati
Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang berempati bukan saja pendengar yang baik tapi juga mampu menempatkan diri pada posisi orang lain.Ketika terjadi konflik dia selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak, tidak suka memaksakan pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti orang lain.

^_^ BaHaGia ^_^

August 20th, 2008 by ainiarmida

        Ada saat di dalam kehidupanmu di mana kamu sangat merindukan seseorang, kamu ingin mengambil mereka dari mimpimu dan benar-benar memeluk dia. Berharaplah bahawa kamu dapat bermimpi tentang dia, yang bererti mimpilah apa yang kamu impikan, pergilah kemana kamu ingin pergi, jadilah sesuai keinginan kamu, kerana kamu hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa yang ingin dilakukan.

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu bahagia.

Selalu letakkan dirimu pada posisi orang lain. Jika kamu merasa bahawa itu menyakitkan kamu, mungkin itu menyakitkan orang itu juga. Kata-kata lepas dapat mengakibatkan perselisihan, kata-kata yang kasar boleh mengundang celaka, kata-kata yang tepat waktu dapat mengurangi ketegangan, kata-kata cinta dapat menyembuhkan dan menyenangkan.

Permulaan cinta adalah dengan membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak membentuk mereka menjadi sesuai keinginan kita dengan kata lain kita mencintai bayangan kita yang ada pada diri mereka.

Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dari segala hal. Mereka hanya membuat segala hal yang datang dalam hidup mereka. Kebahagiaan adalah bohong bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.

Mereka hanya boleh menghargai orang-orang yang penting yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta mulai dengan senyuman, tumbuh dengan ciuman dan berakhir dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.

Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati. Ketika kamu lahir, kamu menangis dan semua orang di sekeliling kamu tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, jadi ketika kamu meninggal, kamu satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling kamu menangis.

Kerana kamu begitu berharga bagi orang di sekeliling kamu, tunjukkanlah cinta dari hatimu dan biarkan sekeliling kamu menyedari bahawa mereka bererti buat kamu dan kamu bererti bagi diri mereka. .

*_* 5 TIPS BERPASANGAN

August 20th, 2008 by ainiarmida

1. Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.

Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?

2. Saling Memahami
Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.

3. Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.

4. Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.

Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?

5. Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.

Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.

Diharapkan dengan tips-tips ini, anda dapat mewujudkan sebuah hubungan yang bahagia dan kekal selama-lamanya. Dan sekiranya anda mempunyai pendapat, sila hantarkan melalui ruangan komen di bawah ini. )

Sumber: myCypherHackz.Net

~ Sampai Syurga ~

May 25th, 2008 by ainiarmida

Ku membenarkan jiwaku
‘Tuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
‘Tuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus menunggu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
‘Tuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya satu hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
‘Tuk merinduimu
Ku menghanparkan sakitku
‘Tuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
‘Tuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
‘Tuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

*** 20 tips dalam percintaan ***

June 3rd, 2007 by ainiarmida
1. Adalah sesuatu yg menyeronokkan apabila kamu menyatakan bahawa hanya dia seorang sahaja yg kamu cintai untuk selama-lamanya dan tidak akan ada duanya.
2. Paling menarik apabila kamu sekali sekala mengirimkan kad ucapan yang di buat sendiri. Jangan tunggu sehingga hari jadinya atau pada hari kekasih..hari-hari biasa juga kamu boleh meluahkan perasaan cintamu padanya.
3. Setiap saat kamu harus mengingatinya dalam sebarang pekerjaan yang kamu lakukan. Percayalah apabila kamu mengingatinya si dia juga pasti akan mengingatimu
4. Sentiasa berkongsi rahsia dengannya. Si dia akan merasakan dirinya amat penting dalam hidup kamu kerana dalam semua hal kamu tidak pernah berahsia dengannya.
5. Setiap kali si dia melakukan kesilapan jangan sesekali merendah- rendahkannya. Tugas kamu adalah beri sokongan padanya agar bangkit memperbaiki kesilapan bukan membuatkan dia lebih rasa rendah diri.
6. Jangan malu untuk beri mesej ataupun ucapkan sendiri padanya kamu rindukan dia terutama apabila si dia tidak ada di sampingmu walaupun sesaat.
7. Jangan terlampau berdandan sehingga membuatkan si dia bosan denganmu.
8. Lelaki juga sukakan hadiah tetapi mereka tidak tunjuk jadi apa kata yang perempuan sekali sekala berilah si dia hadiah walaupun hari jadinya lambat lagi. Begitu jugalah dengan lelaki yang sememangnya sudah sedia maklum perempuan suka terima hadiah. Berbunga-bunga hati bila kamu beri hadiah padanya.
9. Janganlah rasa terlalu kecewa sekiranya si dia terlupa melakukan sesuatu yang kecil untukmu.
10. Jangan bandingkan dirinya dengan sesiapa kerana si dia akan menganggap kamu lebih suka orang lain darinya.
11. Raikan hari jadinya dan lakukan kejutan dan sambutan yang berlainan setiap tahun.
12. Belajarlah membuat keputusan sendiri. Jangan sekadar menyerahkan kepadanya bulat-bulat untuk membuat keputusan.
13. Jangan selalu menganggap si dia boleh membaca semua yang ada dalam hatimu. Belajarlah berterus terang…
14. Setiap malam telefonlah si dia untuk mengucapkan selamat malam.
15. Jika dia membayar tiket wayang, apa salahnya kamu pula yang membeli makanan dan minuman ringan.
16. Hargailah `privacynya’ jangan sesekali menceroboh membaca diarinya.
17. Sekiranya ada kelapangan, ajaklah si dia bercuti.
18. Jika kamu mempunyai lesen memandu janganlah biarkan hanya si dia sahaja yang memandu. Tawarkanlah bantuan kamu untuk membantunya memandu. Tidaklah si dia rasa seperti pemandu..
19. Berikan nama gelaran yang mesra tetapi hanya kamu berdua sahaja yang mengetahuinya.
20. Apabila berlaku perkara-perkara yang memalukan pada dirinya, berpura-puralah yang kamu tidak mengetahuinya

                                                                           ~ni pun copyright =]

][ 10 rahsia cinta ][

June 3rd, 2007 by ainiarmida
1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.
2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri "apa yang aku hormati dalam diriku?". Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri."apa yang aku hormati dalam diri mereka?".
3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria, penuh cinta, dan abadi adalah dengan selalu berfikir "Apa yang dapat aku beri?"dan bukan Apa yang akan aku dapat?".
4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.
5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya. Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..
6. Kekuatan untuk melepaskan
"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku".
7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku cinta kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamu menunggu?
8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.
9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat.
10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak", maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

                                                                                               ~copyright =]

*~* ..Just Me..*~*

May 27th, 2007 by ainiarmida

Dah lame x update blog, nak kate sibuk x jgak..
just me kot,x rajin menaip dan mengadap pc..heheh..
even dah 3 tahun ‘terjebak’ dgn dunia perkomputeran
ni, sy masih yg dulu..x suke mengadap pc..
kdg2 konfius gak tgk org lain bleh mengadap pc
berjam2 lamenye..but not me la..kalau terpaksa barulah!
cthnya mase pulun nak siapkan assign, ms LI dulu yg
mengadap pc hampir 8jam…dan skrg,
sejarah berulang lg!i have to face with pc almost
half of my day..dari pukul 9pg-5ptg sebab amik MCSA ni..
even dh abis dh study..tp masih lg di bumi USM ni nk dptkan sijil microsoft plak..huh!this is not my choice actually!but i want to try jgak..and i have to pass all of 4 exams but the 1st exam dah make me regret ;(..xpe la, i try the best,even i mmg xtau pape dalam MCSA ni…
when think about future, rase scary sgt..huhu..
nak keje ape la agaknye..macam mane kalau dpt keje
yg kena mengadap pc setiap hari..huhuhu x moo!!

i’ve got the USM’s offer to further my study in
masters level,but rasenye x jadi la kot..masa mula
mintak tu semangat berkobar2 nak sambung study,
but now,sy fikir nanti dulu la..
i want to do something that i interested and love..
if i sambung masters, same cam i di level degree..
blaja benda yg i x minat, but have to study and excellent gak..
dah penat camtu..huuhu
sabtu lepas ambik mtest utk kpli..huhu xtau la
bleh dpt ke x..soalan tricky betul, then mmg kena jwb speed giler3!!
cume berserah je skrg..ada rezeki, alhamdulillah.. =]..

dan sekarang menghitung masa utk hari graduation..huhu

bleh pakai baju cantik2 dan tangkap gambar byk5 dgn kwn2.. =p

!!Penantian Berakhir : Final Project!!

March 21st, 2007 by ainiarmida

Fuhhh akhirnyeee…lepas dah final projek..x sangka berakhir jgak penantian ni..ingat lg, dulu takut gile nak sampai ke third year..sebab final projek la..masa tu terfikir boleh ke buat?ok ke group mate nanti?apa tajuk projek?susah x nak buat??smua tu bermain2 di fikiran selama 2 tahun lebih!!Fuh betul2 suffer..
Akhirnya semua persoalan2 tu terjawab jugak..and bersyukur semuanya berjalan dengan sgt baik dan mengikut flow..lebih berat because i’m the team leader for my project..a new experience to me but more or less i learn much more things and new things of course!My group project,yana..tq for ur co-operate..even terpaksa melayan kerenah dan arahan sy..hehe..Sebenarnya x suka arah org, tapi as a leader i should do it..sgt3la berat sebenarnya..mybe i am not tend to be a good leader =|..but still can be a good group partner,right?=]..Tajuk final project ktorg ‘Sistem Pengurusan Latihan Industri dan Kerjaya’ or SPLIK,,and i cover up for Modul Latihan Industri,yana lak Modul Kerjaya..dengar can simple jek Modul LI..tapi bila dan develop..huh banyak sgt5 mende nak kena consider..for 5 user lak tu..as student,company,supervisor,admin and lecturer..Bila perjumpaan dgn client(Prof Rafie) and examiner(Dr Aman) lagi lah bertmbh requirements yg dieorg nak..Tp ok la..tu la cabaran..kalau xde req dieorg mesti ar sistem ni kosong jek kan..so xelok mengeluh ;p..Develop SPLIk kurang dr 3 bulan dan nak compare dgn hasil is quite ok la..boleh dibanggakan..Lagipun ni titik permulaan jek..at least lepas ni dah boleh dah nak handle perkara yang besar dalam life..insyaAllah =]..My client, Prof Rafie..sgt la baik..selalu bagi idea2 yang sgt menarik, tp takut x dpt direalisasikan dlm sistem..tp alhamdulillah certain2 idea dia berjaya jgak ktorg buat =]..banyak kali sgt3 jumpa dia..hehe rasenye prof mesti dah muak tgk muka sy..pastu dok tanya soalan2 pelik ;p..camne nak dapat A la..hehe ;p..emm xtau nape..rasa cam nak buktikan je final projek ni leh dpt A..insyaAllah kalau ade rezeki =]..semalam viva dengan dr aman..prof xde sbb ada hal..emm ok la viva ngan dia, x byk komen tp still dia nak tgk sendiri sistem tu nnt..n pg td viva ngan prof lak..huhuh bykkk komen dia..yela mybe sbb dia supervisor ktorg..die yg lebih tau req utk sistem ni..but overall smuanya berjalan dgn baik..xde problem2 besar yg nak dicover ms demo..skrg ni just berserah je la mcm mana resultnye..apa pun resultnya, smuanya rezeki dah tertulis..kalau bagus, mungkin leh jadi semangat untuk masa2 hadapan..then, kalau x bagus, boleh perbaiki lagi..tapi setiap ketentuan tu pasti ada hikmah jgak..kalau dpt bagus sgt, nnt ada rasa riak lak..that’s why la Allah x bg dpt tinggi sgt..mcm tu la sebaliknya..setiap kejadian pasti ada sebab2nya..kita yg kena explore sendiri untuk tau jawapannye.. =]..Chaiyok2 Aini..semoga terus sukses =]

][ Jangan Bersedih ][

February 3rd, 2007 by ainiarmida

“Kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal sehingga kita harus menyerah kepadanya.”

Percaya lah, kita dijadikan di muka bumi ini tiada lain adalah untuk diuji..setiap org akan tetap diuji, tidak kire la sesuatu yg besar ataupun kecil..mungkin kita melihat penderitaan dan kesedihan seseorg itu adalah perkara kecil bg kita, tp tidak pada org tersebut..So, jgn lah kita mengadili kesedihan org jika kita tidak betul2 menghayati dan memahaminya..Sebagaimana ada pepatah mengatakan, ‘berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’..Cuba kita letakkan diri kita di tempatnya, walaupun tidak sepenuhnya, kita pasti akan merasai kesedihan dan penderitaan tersebut, at least kita tau mcm mane perasaan dia ketika itu kan.. Sebagaimana kita tidak mahu org menghancurkan hati kita, jgn la kita menghancurkan hati org lain..mungkin kita secara tidak sengaja telah menghancurkan hati org kan, dan hanya perkataan maaf jek yg boleh kita beri..dan ketika itu, org tu mungkin dah x dpt maafkan kita pun..Xpe, jangan bersedih! Selagi kita sedar silap kita n ikhlas utk meminta maaf, pasti Allah akan membantu kita utk melembutkan hati org tersebut..dan jgn lupa utk mendoakan kesejahteraan hidup org tersebut..at least tu hadiah yang boleh kita bg pada dia walaupun tiada kemaafan yang diberi..

Sekarang tgk kwn2 yang menghadapi masalah, sedih jugak rase..Tempiasnye terasa jgak..Masalah family n study yang biase kita alami kan..sometimes masalah yang melibatkan hati dan perasaan..Ape2 pun yang berlaku hidup mesti diteruskan, study jgak mesti diteruskan..Jgn sekali2 regret dgn semua yang berlaku..anggap la semua tu dugaan dan pengalaman hidup yang mewarnai hidup kita..jgn sekali2 menyalahkan pihak lain kerana semua yg berlaku tu telah pun tertulis begitu..bersyukurlah kerana kita pernah merasai kebahagiaan n kegembiraan bersama walaupun utk jangka masa yang sekejap..bergantung haraplah kepadaNya, kerana Dialah satu2nya yang mampu utk memulihkan semangat kita..mengadulah padaNya, nescaya kita akan nampak hikmah disebalik kesedihan kita tu..Dan pasti kita akan rasa bersyukur kerana Allah masih sayangkan kita kerana beri ujian macam tu kat kita kan ..

Ingatlah, seteruk2 penderitaan dan kesedihan kita masih ada lagi yang lebih teruk dari kita..dan Allah tetap sediakan something yang lebih baik utk kita..so, kita tak hilang semuanya kan??

Tgk cerita jepun “One Liter of Tears” betul2 mengubah diri sy..cerita tu best sgt dan beri banyak pengajaran especially pada yg regret pada diri sendiri..Moral dari cerita tu , kita kena sayang diri kita, sebab xde org lain lagi yang LEBIH sayangkan diri kita selain diri sendiri..betul x? Cuba fikir kalau kita terluka kena pape, org lain xdapat rase pun sakit tu..kita jek yang rasa kan..org hanya boleh menasihat dan melihat..Even seteruk mana pun kita, jgn sekali2 menyampah dgn diri sendiri, kalau kita sendiri menyampah dgn diri kita, emm org lain lagi la kan..Sekarang ni just fikir cara utk improve diri kita dan jadikan diri kita adalah org yg HEBAT!!