Archive for June, 2006

Belajar Untuk Mencintai

Sunday, June 11th, 2006

Belajar mencintai orang yg tdk sempurna dgn cara yg
sempurna…

Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,
Itulah kesempatan..

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu
tertarik,
Itu bukan pilihan, itu kesempatan..

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan,Itupun
adalah kesempatan..

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,
Bahkan dengan segala kekurangannya,
Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan..

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun
apapun yang terjadi,
Itu adalah pilihan..

Bahkan ketika kita menyedari bahawa masih banyak orang
lain Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada
pasanganmu..Dan tetap memilih untuk mencintainya,
Itulah pilihan..

Perasaan cinta, simpati, tertarik, Datang bagai
kesempatan pada kita..

Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan..

Berbicara tentang pasangan jiwa,ada pepatah yang mungkin
sangat tepat :

"Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap
bergantung pada kita bagaimana membuat
semuanya berhasil"

Pasangan jiwa bisa benar-benar ada.
Dan bahkan sangat mungkin ada seseorang
Yang diciptakan hanya untukmu.

Tetapi tetap berpulang padamu
Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin
Melakukan sesuatu untuk mendapatkannya,
atau tidak…

Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita,
Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita,
Adalah pilihan yang harus kita lakukan.

Kita ada di dunia bukan untuk mencari
seseorang yang sempurna untuk dicintai

TETAPI untuk belajar mencintai orang yang
tidak sempurna dengan cara yang sempurna..

ApaBila BerTeMan…

Wednesday, June 7th, 2006
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya….
Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya….
Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....
Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya….
Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa….
Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna…
Tapi bersahabatlah kerana ALLAH..

Kenapa Tak Ketawa ?? =]

Tuesday, June 6th, 2006

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun..

dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati.

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya.