Archive for August, 2008

Guru - You Choose It, U Must Make It!

Sunday, August 24th, 2008

Hari ini saya ingin bertanya anda pula. Kenapa anda jadi Cikgu?

1. Ingin berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

2. Kemahuan orang tua.

3. Cita-cita dari kecil.

4. Keputusan SPM hanya melayakkan saya untuk jadi cikgu sebagai pilihan terbaik.

5. Dah jemu menganggur sejak tamat belajar di universiti. ….

dan banyak jadi jawapan yang mungkin terlintas difikiran anda. Bukan jawapan anda yang penting sekarang. Tetapi hakikat sebenarnya anda telah pilih untuk jadi cikgu.

Sama ada anda dipaksa, diperdaya atau anda sendiri yang merelakan diri anda untuk menjadi cikgu, anda sebenarnya yang memilih untuk jadi cikgu. Sesiapa sahaja boleh memaksa anda tetapi pilihan tetap di tangan anda. Oleh kerana hakikatnya anda (sebenarnya kita) telah menjadi cikgu maka marilah kita menjadi cikgu yang sejati.

Mungkin dulu anda memilih menjadi cikgu kerana bakal mertua anda inginkan calon menantu yang berkerja dengan gomen (kononnya lebih terjamin masa depan anak daranya) tetapi sewaktu anda belum habis lagi belajar di maktab (sekarang institut) bakal mertua anda menerima pinangan lelaki lain untuk dijadikan suami buah hati anda padahal lelaki tersebut bukan kakitangan kerajaan. Mungkin juga anda memilih menjadi guru kerana kekasih anda inginkan seorang isteri bergelar guru (kononnya banyak masa dekat rumah. Senang nak jaga anak-anak). Tetapi sebaik sahaja anda habis berlajar di maktab dia berkahwin dengan gadis lain yang bukan guru dengan alasan sudah jodoh. Mungkin juga anda memilih untuk menjadi guru kerana anda beranggapan kerja guru senang, sekerat hari sahaja. Banyak cuti.

Tapi setelah anda menjadi guru anda baru sedar yang itu semua mitos belaka =[..

Mungkin… mungkin… Banyak mungkin yang memungkinkan anda menjadi guru dan kini anda sedar segala kemungkinan itu tinggal kemungkinan sahaja. Mungkin segala kemungkina itu melemahkan, meranapkan semangat anda terus menjadi guru tetapi sedarlah yang hakikatnya anda telah menjadi guru. Sekarang anda boleh pilih sama ada untuk menjadi guru dengan hati yang gembira atau anda boleh memilih sengsara hingga pencen atau anda berhenti sekarang. Anda lebih bijak untuk menentukannya.

Jika anda memilih untuk terus menjadi guru maka jadilah guru yang terbaik.

You Choose It, You Must Make It.

*_* taken from Cikgu Farizal blog..

—- KuaLiTi Diri—–

Wednesday, August 20th, 2008

Ketulusan
Ketulusan di tempat pertama sebagai sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan membuat orang lain merasa aman dan dihargai kerana yakin tidak akan dibodohi atau dibohongi. Orang yang tulus selalu mengatakan kebenaran, tidak suka mengada-ada, pura-pura, mencari-cari alasan atau memutar-belitkan fakta. Prinsipnya "Ya di atas Ya dan Tidak diatas Tidak". Tentu akan lebih ideal bila ketulusan yang selembut merpati itu diimbangi dengan kecerdikan seekor ular. Dengan begitu, ketulusan tidak menjadi keluguan yang boleh merugikan diri sendiri.

Kerendahan Hati
Berbeza dengan rendah diri yang merupakan kelemahan, kerendah hati justru mengungkapkan kekuatan. Hanya orang yang kuat jiwanya yang mampu bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi semakin menunduk. Orang yang rendah hati mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Dia mampu membuat orang yang di atasnya merasa selesa dan membuat orang yang di bawahnya tidak merasa dipinggir.

Murah Hati
Kemurahan hati sudah menjadi ‘barang antik’ dan sangat tinggi harganya. Zaman sekarang sungguh susah mencari orang yang murah hati yang bersedia menolong orang-orang di sekitarnya dengan tulus tidak memikirkan keuntungan peribadi atas bantuan yang diberikan Tidak diragukan lagi, orang yang murah hati akan dicintai dan memiliki banyak sahabat

Positive Thinking
Orang yang bersikap positif (positive thinking) selalu berusaha melihat segala sesuatu dari kacamata positif, bahkan dalam situasi yang buruk sekalipun. Dia lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka bicara mengenai harapan daripada keputusasaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada kekecewaan, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.

Keceriaan
Kerana tidak semua orang dikurniakan wajah ceria, maka keceriaan tidak harus diertikan ekspresi wajah dan tubuh tapi sikap hati. Orang yang ceria adalah orang yang mampu menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia mampu mentertawakan situasi orang lain, juga dirinya sendiri. Dia punya potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

Bertanggungjawab
Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan sungguh-sungguh. Kalau melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan. Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyedari bahawa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apapun yang dialami dan dirasakannya.

Kebesaran Jiwa
Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan. Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan keputusasaan.

Empati
Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang berempati bukan saja pendengar yang baik tapi juga mampu menempatkan diri pada posisi orang lain.Ketika terjadi konflik dia selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak, tidak suka memaksakan pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti orang lain.

^_^ BaHaGia ^_^

Wednesday, August 20th, 2008

        Ada saat di dalam kehidupanmu di mana kamu sangat merindukan seseorang, kamu ingin mengambil mereka dari mimpimu dan benar-benar memeluk dia. Berharaplah bahawa kamu dapat bermimpi tentang dia, yang bererti mimpilah apa yang kamu impikan, pergilah kemana kamu ingin pergi, jadilah sesuai keinginan kamu, kerana kamu hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa yang ingin dilakukan.

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu bahagia.

Selalu letakkan dirimu pada posisi orang lain. Jika kamu merasa bahawa itu menyakitkan kamu, mungkin itu menyakitkan orang itu juga. Kata-kata lepas dapat mengakibatkan perselisihan, kata-kata yang kasar boleh mengundang celaka, kata-kata yang tepat waktu dapat mengurangi ketegangan, kata-kata cinta dapat menyembuhkan dan menyenangkan.

Permulaan cinta adalah dengan membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak membentuk mereka menjadi sesuai keinginan kita dengan kata lain kita mencintai bayangan kita yang ada pada diri mereka.

Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dari segala hal. Mereka hanya membuat segala hal yang datang dalam hidup mereka. Kebahagiaan adalah bohong bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.

Mereka hanya boleh menghargai orang-orang yang penting yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta mulai dengan senyuman, tumbuh dengan ciuman dan berakhir dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.

Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati. Ketika kamu lahir, kamu menangis dan semua orang di sekeliling kamu tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, jadi ketika kamu meninggal, kamu satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling kamu menangis.

Kerana kamu begitu berharga bagi orang di sekeliling kamu, tunjukkanlah cinta dari hatimu dan biarkan sekeliling kamu menyedari bahawa mereka bererti buat kamu dan kamu bererti bagi diri mereka. .

*_* 5 TIPS BERPASANGAN

Wednesday, August 20th, 2008

1. Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.

Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?

2. Saling Memahami
Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.

3. Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.

4. Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.

Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?

5. Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.

Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.

Diharapkan dengan tips-tips ini, anda dapat mewujudkan sebuah hubungan yang bahagia dan kekal selama-lamanya. Dan sekiranya anda mempunyai pendapat, sila hantarkan melalui ruangan komen di bawah ini. )

Sumber: myCypherHackz.Net