Guru - You Choose It, U Must Make It!

Hari ini saya ingin bertanya anda pula. Kenapa anda jadi Cikgu?

1. Ingin berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

2. Kemahuan orang tua.

3. Cita-cita dari kecil.

4. Keputusan SPM hanya melayakkan saya untuk jadi cikgu sebagai pilihan terbaik.

5. Dah jemu menganggur sejak tamat belajar di universiti. ….

dan banyak jadi jawapan yang mungkin terlintas difikiran anda. Bukan jawapan anda yang penting sekarang. Tetapi hakikat sebenarnya anda telah pilih untuk jadi cikgu.

Sama ada anda dipaksa, diperdaya atau anda sendiri yang merelakan diri anda untuk menjadi cikgu, anda sebenarnya yang memilih untuk jadi cikgu. Sesiapa sahaja boleh memaksa anda tetapi pilihan tetap di tangan anda. Oleh kerana hakikatnya anda (sebenarnya kita) telah menjadi cikgu maka marilah kita menjadi cikgu yang sejati.

Mungkin dulu anda memilih menjadi cikgu kerana bakal mertua anda inginkan calon menantu yang berkerja dengan gomen (kononnya lebih terjamin masa depan anak daranya) tetapi sewaktu anda belum habis lagi belajar di maktab (sekarang institut) bakal mertua anda menerima pinangan lelaki lain untuk dijadikan suami buah hati anda padahal lelaki tersebut bukan kakitangan kerajaan. Mungkin juga anda memilih menjadi guru kerana kekasih anda inginkan seorang isteri bergelar guru (kononnya banyak masa dekat rumah. Senang nak jaga anak-anak). Tetapi sebaik sahaja anda habis berlajar di maktab dia berkahwin dengan gadis lain yang bukan guru dengan alasan sudah jodoh. Mungkin juga anda memilih untuk menjadi guru kerana anda beranggapan kerja guru senang, sekerat hari sahaja. Banyak cuti.

Tapi setelah anda menjadi guru anda baru sedar yang itu semua mitos belaka =[..

Mungkin… mungkin… Banyak mungkin yang memungkinkan anda menjadi guru dan kini anda sedar segala kemungkinan itu tinggal kemungkinan sahaja. Mungkin segala kemungkina itu melemahkan, meranapkan semangat anda terus menjadi guru tetapi sedarlah yang hakikatnya anda telah menjadi guru. Sekarang anda boleh pilih sama ada untuk menjadi guru dengan hati yang gembira atau anda boleh memilih sengsara hingga pencen atau anda berhenti sekarang. Anda lebih bijak untuk menentukannya.

Jika anda memilih untuk terus menjadi guru maka jadilah guru yang terbaik.

You Choose It, You Must Make It.

*_* taken from Cikgu Farizal blog..

One Response to “Guru - You Choose It, U Must Make It!”

  1. kamarul Says:

    Wah..nk jadi cikgu gak la hehe

Leave a Reply