Cinta itu sederhana..

December 8th, 2006 by ainiarmida

Cinta..kasih..sayang..yang diberikan kepada orang yang kita cintai haruslah sederhana sahaja. Tak perlu diukur atau dibalas dengan sesuatu yang tidak kita mampu. Tidak juga harus ada syarat atau terikat apa-apa. Cukup sekadar cinta kasih itu memberikan sesuatu yang terbaik pada diri kita, hidup kita, pegangan kita..juga membawa kebahagiaan kepada kita. Kebahagiaan adalah apabila terpancar senyum dan sinar wajah yang berseri-seri. Kebahagiaan adalah apabila terlihat kemesraan kasih sayang daripada kehangatan perbualan dan kesejukan tutur kata. Kebahagiaan wujud pada kerja keras tanpa rasa keluh untuk mencipta hubungan yang penuh sejahtera

Nyata, cinta itu sederhana sahaja!

Inilah makna cinta yg sesungguhnya..


"When two people love each other, nothing is more imperative and delightful than giving." — Guy de Maupassant

STOP SMOKING!!!

October 2nd, 2006 by ainiarmida

Puasa cara terbaik berhenti merokok.

Salah satu strategi untuk berhenti merokok adalah dengan berpuasa. Ini adalah kerana berpuasa boleh merupakan satu usaha pembentukan siasah diri ke arah yang lebih sempurna. Oleh itu bulan puasa sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan ini dan membuang tabiat yang merugikan itu.

Sebagai suatu bahan psikoaktif, nikotin lebih mudah berkumpul dan bertindak dalam tisu-tisu saraf dan otak berbanding bahagian badan lain. Di smaping itu ia juga tapak-tapak tertentu di badan, khasnya sistem saraf autonomik yang mengawal kadar jantung dan tekanan darah selain otak.

Secara amnya, kesan nikotin menampakkan tanda-tanda seperti rasa khayal serta ‘ringan’ pada mulanya, akibat rangsangan reseptor di saraf otak. Ini jelas kepada mereka yang berbuka dengan terus merokok.

Sungguhpun begitu setiap orang mungkin mengalami kesan yang agak berlainan kerana cara mereka menghisap rokok berbeza-beza. Walaupun nikotin umumnya tidak menyebabkan kanser, tetapi dalam rokok lebih kurang 4,000 bahan racun lain telah dikenal pasti dan antaranya disahkan boleh menyebabkan kanser.

Yang amat ketara sekali ialah kesan dadah nikotin pada otak. Antara lain ia boleh membuat seseorang itu mengalami tolerans, iaitu penyesuaian badan terhadap kesan-kesan seperti mual, muntah-muntah, atau pening yang dirasakan ketika mula-mula merokok.

Peratusan perokok yang ketagih kepada dadah nikotin boleh dikaitkan dengan bilangan rokok yang dihisap oleh seseorang itu.

Tabiat merokok menghasilkan sekurang-kurangnya dua jenis pergantungan. Pertama pergantungan psikologi atau mental. Ini termasuklah keselesaan bersosial yang sering dijadikan alasan untuk terus merokok. Malah ada perokok yang mendakwa kononnya merokok boleh memberikan ilham atau motivasi untuk mencapai matlamat.

Kedua pergantungan fizikal atau jasmani di mana seseorang itu mengalami ketagihan dan menyebabkan pelbagai kesan jasmani apabila ia berhenti merokok.

Ekoran daripada itu, seperti mana dadah-dadah lain, seseorang yang keputusan bekalan rokoknya akan merasa tidak selesa dan menjadi terdesak untuk menghisap rokok, malah ada yang gian. Rasa gian ini timbul kerana tanpa rokok dadah nikotin yang terserap dalam tubuh khususnya dalam darah (khususnya di otak) menjadi semakin rendah dan akhirnya dapat menjejaskan keselesaan seseorang itu.

Malah perasaan gian jugalah yang sering mendorong seseorang itu kembali merokok semula kerana tidak sanggup dihantui perasaan tidak selesa tadi. Ini termasuk keadaan seperti menggeletar, rasa cemas, hilang tumpuan maupun kerengsaan.

Kadang kala si perokok merasa pening, berpeluh ataupun tidak senang diam selagi ‘bekalan’ nikotin dalam tubuhnya (terutama otak) tidak dapat ditingkatkan semula.

Dalam masa tujuh saat setelah menghisap rokok, dadah nikotin akan mula masuk ke otak. Bayangkan setiap batang rokok yang dihisap, anggaran 1 miligram(mg) dadah nikotin terserap ke dalam tubuh, termasuk otak, bersama bahan lain.

Menghisap 10 batang rokok akan mengalami kesan tindakan nikotin sepuluh kali ganda dan seterusnya. Lebih banyak rokok dihisap, lebih banyak pula dadah nikotin berkumpul dalam darah tubuh.

Oleh itu, semasa seseorang itu kehabisan rokok, kesannya merosot sehingga begitu ketara sekali. Inilah sebabnya mengapa seseorang itu sanggup berbuat apa saja untuk terus merokok.

Semasa berbuka, rokok akan menjadi pilihan utama. Satu kajian menunjukkan dalam masa seminggu selepas berhenti merokok, tanda-tanda gian, gelisah, tidak cukup tidur, tidak sabar, tidak memberi tumpuan, keresahan, kemaruk tembakau, lapar, masalah usus perut, sakit kepala, pening akan dialami. Kesan-kesan gian seperti ini umumnya akan mengambil masa 2 hingga 4 minggu untuk reda, melainkan rasa kemaruk tembakau (kesan pergantungan mental).

Rasa kemaruk kadang kala berlarutan tetapi ia beransur-ansur lebih mudah ditangani kemudiannya. Selalunya seorang itu akan kembali merokok dalam minggu pertama setelah berhenti merokok.

Tekanan
Untuk mengatasi semua ‘tekanan’ ini, berpuasa merupakan satu latihan yang amat berfaedah khususnya untuk mengatasi pergantungan akibat merokok. Ini terbukti kerana semasa berpuasa ramai yang dapat menahan diri daripada merokok.

Persoalannya mengapa sebaik saja berbuka puasa ataupun Hari Raya tidak kurang pula yang kembali merokok. Di sini letaknya niat satu proses mental yang boleh mengatasi tabiat merokok.

Berpuasa merupakan satu-satunya cara baik. Di sini letaknya soal azam. apa lagi dengan kesedaran bahawa amalan rokok itu sering berlawanan dengan kehendak agama dari segi pembaziran wang dan usia.

Oleh Dzulkifli Abdul Razak
Pusat Racun Negara, USM

~Untuk berhenti merokok bukan sekadar mencuba, tapi kena tekad!!Kalau tekad insyaAllah berjaya..Berpegang pada percaya dan yakin dengan Allah, banyakkan mintak petunjukNya agar sentiasa dikuatkan semangat..Ok =]

August 27th, 2006 by ainiarmida

                                "Semoga cerdikmu secerdik Aishah

                                Cantikmu secantik Ainul Mardhiah

                                Pengorbananmu setinggi Sumaiyah

                              Ikhlasmu seikhlas Rabiatul Adawiyah

                                                        dan..

                              Semoga tempatmu Syurga Al-Jannah"

~tq jie for this msg..rasa terpaku dan nak berlinang air mata bila baca msg ni pagi td..Ya Allah, mampu kah aku menjadi seperti nama2 yg disebutkan di atas tu..nama2 yg sangat aku kagumi dari dulu lagi..Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini sangat lemah, sering alpa dgn keseronokan duniawi, sering terlupa utk bersyukur dgn segala nikmat2 kurniaanMu yg terlalu banyak untukku..sedangkan amalku belum pn setimpal dengan sebesar zarah nikmatMu..Ya Allah, bimbinglah aku,keluargaku dan rakan2 ku ke jalan yg Kau redhai..Bahagiakan lah kehidupan kami semua..Sesungguhnya aku mahu mengecapi kejayaan dan kebahagiaan diiringi dengan rahmatMu, Ya Allah Yang Maha Esa..Amin..~

Benarlah Kata Ibu…

August 22nd, 2006 by ainiarmida

Benarlah kata ibu
anak ramai tidak terjaga
seorang ibu yang sakit
tapi seorang ibu mampu
menjaga seramai mana anak.

Ibu bercerita
sejarah silam kehidupannya
kepada anak cucu hari ini
yang pandai bercakap
yang gadis pandai bermake-up
yang lelaki pandai menggoda.

Ibu bercerita lagi
waktu dia sakit
sukarnya anak-anak
meluangkan masa melawat
bertanya khabar
apatah lagi menunggu di hospital
berhari-hari lamanya.

Benarlah kata ibu
anak-anak hari ini
hebat di mata bukan hebat di jiwa
kasih sayang sementara
bukan sejati
kata ibu lagi, kami dahulu
susah senang sama direnang
gembira ria sama disambang.

Anak hari ini
tak sanggup berbakti diri
menggalas bakti
untuk ibu bapa sendiri.

Kata ibu biarlah ibu mengalah
agar hatinya tidak dilanda duka resah
hati anak tidak gundah
asal anak tidak hidup susah.

Belajar Untuk Mencintai

June 11th, 2006 by ainiarmida

Belajar mencintai orang yg tdk sempurna dgn cara yg
sempurna…

Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,
Itulah kesempatan..

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu
tertarik,
Itu bukan pilihan, itu kesempatan..

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan,Itupun
adalah kesempatan..

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,
Bahkan dengan segala kekurangannya,
Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan..

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun
apapun yang terjadi,
Itu adalah pilihan..

Bahkan ketika kita menyedari bahawa masih banyak orang
lain Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada
pasanganmu..Dan tetap memilih untuk mencintainya,
Itulah pilihan..

Perasaan cinta, simpati, tertarik, Datang bagai
kesempatan pada kita..

Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan..

Berbicara tentang pasangan jiwa,ada pepatah yang mungkin
sangat tepat :

"Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap
bergantung pada kita bagaimana membuat
semuanya berhasil"

Pasangan jiwa bisa benar-benar ada.
Dan bahkan sangat mungkin ada seseorang
Yang diciptakan hanya untukmu.

Tetapi tetap berpulang padamu
Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin
Melakukan sesuatu untuk mendapatkannya,
atau tidak…

Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita,
Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita,
Adalah pilihan yang harus kita lakukan.

Kita ada di dunia bukan untuk mencari
seseorang yang sempurna untuk dicintai

TETAPI untuk belajar mencintai orang yang
tidak sempurna dengan cara yang sempurna..

ApaBila BerTeMan…

June 7th, 2006 by ainiarmida
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya….
Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya….
Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....
Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya….
Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa….
Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna…
Tapi bersahabatlah kerana ALLAH..

Kenapa Tak Ketawa ?? =]

June 6th, 2006 by ainiarmida

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun..

dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati.

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya.

FRIENDSHIP..

May 25th, 2006 by ainiarmida

I love to see you smile

And I love knowing that I caused that smile

I love to see you happy

And I love knowing that I caused that happiness

I love to look into your beautiful eyes

And I love the way I fall into them

I love rediscovering how beautiful you are each time I see you

And I love realizing how attractive you make me feel

I love the fact that you still want to be my friend

And I love that I want to be yours

I love so many things about you

But the most important thing is:

I love being your friend :)

Renungan Bersama…

May 18th, 2006 by ainiarmida

Jangan tertarik pada seseorang kerana rupa parasnya, kerana keelokkan paras mampu menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan mampu memusnahkan. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatkanmu tersenyum.. kerana hanya dengan senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah..

                                                                                    -copyright from ekin-

Kata-kata Hikmat..

May 10th, 2006 by ainiarmida

"senyum dan tenang, insyaAllah awak menang"…kata2 dari seseorang yang sy dapat waktu nak final exam sy ingat sampai la hari ni …sangat memberi kesan mendalam dlm diri sy..thanks, bersyukur sangat dapat kawan macam dia ;)